Text Gedik

Background Layout

Wednesday, September 21, 2011

Setitik Darah..Sejuta Harapan

Assalamualaikum w.b.t



Hey reader's..perrghh..dah bersawang blog Myra ni..ish..ish..ish..lame nye tak update entry baru..maaflah..Myra takdapat nak cari masa untuk buat entry terbaru..ditambah pulak..takde cerita menariklah..jap..jap..nak ambik penyapu..nak bersihkan sawang jap..hihihi...



Laila tengah check jenis darah..senyum je..tak sakit pun..

Miss ni cakap..darah Myra jenis O

Okaylah..balik kepada tajuk kat atas..Myra nak tanye..korang dah derma darah??huhu...
Hari ni..Myra dengan kawan-kawan Myra join program derma darah yang di adakan kat kolej siang tadi..
macam-macam perasaan la yang Myra rase mase mule-mule tu...hihihi..sehari sebelum menderma..bukan main berkobar-kobar lagi cakap nak derma..tapi bila dah nak register tadi..rase macam nak cabut lari pun ade.. nasib baik ade kawan-kawan yang support (ceh..cerita macam tak pernah menderma pulak sebelum ni..)sebenar nye..ni merupakan kali ke-2 myra menderma..mule-mule sekali Myra derma mase Myra diploma sem 1, tahun 2008..lame tak...??hihihi...yang lepas-lepas tu bukan tak nak derma..cume tak berkesempatan..sebab ade class dan macam-macam lagi halangan..sampailah hari ni..barulah dapat derma..
Interview kesihatan
Blood pressure check


Alhamdulillah...rase seronok sangat menderma..sebab..dengan menderma..kita sebenarnya dapat membantu untuk menyelamatkan nyawa dan membantu mereka yang memerlukan...

Darah yang kita dermakan boleh digunakan untuk:
  • Pesakit yang menjalani pembedahan
  • Mangsa kemalangan
  • Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
  • Ibu yang mengalami tumpahan darah
  • Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)

hrmm..sekurang-kurangnye..walaupun kita tak jadi doktor..tapi..kita masih boleh membentu dengan mendermakan darah :) Jadi..atas niat ingin membantu..Myra dan kawan-kawan pun mendermalah hari ni..
mule-mule..jenis darah kita akan di periksa untuk mengetahui jenis darah kita..lepas jenis darah telah dikenal pasti..kena interview pasal kesihatan kita pulak..ni adalah untuk mengelakkan dari darah yang nak didermakan tu berpenyakit atau badan kita tak sihat untuk menderma pada masa tu..lepasa dah ambik tekanan darah sume..barulah kita dibenarkan untuk menderma darah..
sedia untuk menderma :)
Kita layak menderma sekiranya:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Berat badan 45 kg dan ke atas
  • Sihat tubuh badan
  • Sihat pada hari menderma
  • Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
  • Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
  • Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
  • Tidak mempunyai ahli keluarga yang mengidapi Hepititis B atau C
Abang ni muke dye macam Vince..hihihi...
bersedia untuk di cucuk..auwww
Ya Allah..besarnye jarum..tapi percayalah..tak sakit pun..
PENEGASAN!
DILARANG menderma darah sekiranya :
mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :
  • Menggunakan dadah secara suntikan
  • Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
  • Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
  • Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
  • Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS

Juga tidak digalakkan menderma jika anda :
  1. Menghidapi penyakit-penyakit seperti :
· Sifilis
· Malaria
· Sakit jantung
  1. Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit
  2. Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah
  3. Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak
  4. Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja

So..masa tengah derma darah tadi..sempatlah Myra dan kawan-kawan berposing dan bergamba..well..hihihi..just to share for pun..:)

Muke-muke sakit tapi cool :)
see..if sakit..takde budak-budak ni buat peace..
Laila yang memang active lepas derma darah tadi..
Bagusss...

Beg darah Myra dah nak penuh...kurang dari 5minit
Yess..cik Ieqa pun ade teman Myra tadi.. :)
Lecturer Myra pun ade untuk menderma darah tadi..

Muka tak sabar-sabar nak merayap selepas menderma :p
Selepas menderma..kiteorang dapat sijil dan cerderamat dari pihak kolej..nak tau tak..selain dapat membantu mereka yang memerlukan darah..derma darah ni sebenarnya bagus sebab kite keluarkan darah yang kotor dari dalam badan kite..sekaligus..ianya..dapat menjadikan badan kite lebih segar dan dan sihat sebab terhasilnye darah baru..:)
Kesian Emma sebab tak dapat derma..berat badan tak cukup
Bagi peluang Emma rase macam dye pun menderma :)
Dapat sijil..roti..biskut..air kotak..mug & milo panas..
Haha..nampak kuruskan lepas menderma??hahaha...*ok..itu perasan :p
AJK yang memastikan program ni berjalan lancar :)
So..why wait..jalankan tanggungjawap anda..setitik darah tu..mampu memberi sejuta harapan..tak mati pun kalau derma takat 450ml darah..myra dan kawan-kawan hidup je lagi..siap boley berjalan-jalan lagi...jadi..janganlah takut untuk menderma okay...kalau alasan anda takut sakit jarum..huh.tak payah la..sakit kena cucuk jarum tu cume macam kena sengat dengan semut je sikit...
Macam nilah kesan kat tangan Myra lepas menderma tadi..sikit je..bukan ade ape pun..

Okaylah..thanx for reading :) till next time..Wassalam :)

P/S: semua info yang Myra post ni..telah di

No comments: